Jangan hanya mahir memberikan pendapat

Bookmark and Share
Ramai orang mahir memberikan pendapat tetapi agak kurang yang mahir dalam menerima pendapat yang berbeza. Ungkapan ini membuatkan saya berfikir bahawa sesetengah orang memang bijak memberikan buah fikiran untuk sesuatu hal. Tetapi apabila berdepan dengan situasi berbeza pendapat, kebanyakannya terlalu ego untuk bertolak-ansur dengan pandangan orang lain dan apatah lagi untuk menerima pandangan orang lain itu. Rasanya sesetengah orang perlu sedar bahawa ada waktunya kita perlu bertolak-ansur dengan pandangan orang lain atau sekurang-kurangnya mendengar pandangan orang lain. Mungkin pendapat kita lebih baik daripada pandangan orang lain tetapi adalah lebih bijak untuk mengambil kira buah fikiran orang lain juga. Keadaan ini memberikan gambaran tentang sikap rasa rendah diri kita terhadap orang lain dan inilah sifat yang membuatkan kita lebih dihormati. Tetapi jika seseorang itu bersifat ego dan tidak mahu bertolak-ansur, maka orang akan cenderung menganggap orang itu sombong dan tidak layak untuk dihormati. Oleh itu, janganlah hanya mahir memberikan pendapat tetapi berusahalah juga untuk mahir di dalam menerima pendapat orang lain.

{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Poskan Komentar